publicjewellery
Sunday, May 1, 2011
ILMU DAN EMAS
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat sejahtera.
Biasanya saya update artikel seminggu sekali, tapi minggu nie saya bercadang tulis 2 artikel. First artikel ini - Ilmu dan Emas dan artikel kedua berkenaan memajak emas fizikal di Ar-Rahnu dan sedikit analisa berkenaan melabur emas dengan duit dari Ar-Rahnu. Untung ke tak untung?
Ok, Saya ada satu soalan cepu emas.
Apakah yang menyebabkan anda kaya? Daripada tak kaya anda boleh jadi kaya.
Daripada kaya.. anda boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya… sampai jadi billionaire
Emas? Berlian Duit? Saham? Perniagaan? ermmm…. bukan… bukan…
Jawapannya ialah ilmu
Ya, Jawapannya ialah ilmu + amal
Tujuan saya menulis artikel artikel kat aminsgold.com nie sebenarnya ialah untuk berkongsi ilmu. Dulu anda tak tahu pasal pelaburan emas. Sekarang anda dah pun berilmu… dah pandai pun… kalau tak pandai lagi pun at least boleh tanya-tanya kat forum atau sembang-sembang emas betul tak?
Saya tak berikan anda emas. Tapi ilmu berkenaan emas dan pelaburan emas.
Saya selalu dapat soalan-soalan seperti ini..
“Jika saya ada RM20,000, kat mana paling untung jika saya nak melabur?”
Jawapan ikhlas saya ialah “Laburkan dalam ilmu pengetahuan” Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.
Contohnya..
jika anda belajar ilmu pelaburan emas, anda boleh jadi jutawan emas.
Jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. anda boleh jadi jutawan hartanah…
jika belajar ilmu internet marketing.. anda boleh jadi jutawan internet marketing…
jika belajar ilmu berkenaan forex.. anda boleh jadi jutawan forex..
jika belajar ilmu perniagaan… anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan…
jika belajar ilmu penulisan… anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan…
Dengan ilmu anda boleh jadi jutawan dalam apa jua bidang!
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”,
“Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”,
“dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”
Wah! menarik betul pesanan Rasulullah S.A.W kepada kita ya? Pendek tapi padat.
Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.
Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:
Manakah lebih baik, ilmu atau harta?
Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:
“Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan
harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”
“Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”
“Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”
“Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”
“Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”
Pak Hamka pula berkata:
”Ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang,
kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
Jadi, untuk pembaca jutawanemas.com sekalian, marilah sama-sama kita mencari ilmu yang bermanfaat dan kita kongsikan ilmu ini dengan sesiapa sahaja. Semoga kita mendapat manfaat dariNya.
Ok, sekarang mari kita buat undian. Meh sama-sama jawab dengan ikhlas
Jika saya diminta memilih antara segunung ilmu dan segunung emas.
Sudah tentu saya akan memilih:
• Saya pilih segunung ilmu..
• Saya nak segunung emas.. pakcik kayo...
• Saya nak 1/2 gunung ilmu dan 1/2 gunung emas
• Saya nak 3/4 gunung ilmu 1/4 gunung emas
• Saya nak 3/4 gunung emas dan 1/4 gunung ilmu
• Saya tak tau nak pilih yang mana satu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment