Thursday, June 2, 2011

Harga emas 999 AgroBank RM176/gram bermula esok


Berita baik bagi pelabur emas 999 di Agro Bank, bermula esok, agro bank akan menaikkan kadar nilaian semua kualiti emas di Ar-Rahnu agro bank, kami cuma mengetahui harga untuk emas 999 sahaja iaitu naik sehingga RM176/gram berbanding kadar harga sebelum ini iaitu RM165.80/gram. Pelabur dah untung RM10.20/gram (berita baik). Mungkin ramai yang menunggu dan tertanya-tanya sebelum ini, kenapa agro bank lewat menaikkan harga emas berbanding Ar-Rahnu bank rakyat yang telah naik RM172/gram pada bulan lepas.

Pendapat kami merasakan kerana pada april lepas harga emas tidak begitu stabil kerana berlaku naik turun yang tinggi berbanding bulan mei yang dilihat lebih stabil, oleh itu apabila harga emas semakin stabil, Agro Bank mula menaikkan kadar harga emas mereka selepas melihat situasi harga emas di pasaran.

Bulan Mei juga mencatatkan rekod harga emas tertinggi pada 5.5.2011 berikutan peristiwa kematian Osama Ben Laden. Graf terbaru harga emas menunjukkan emas bakal naik lebih tinggi lebih dari jangkaan ramai. Sumber dari Goldprice Org: menyatakan, rally kenaikan harga emas akan berterusan naik untuk 3 hingga 10 tahun akan datang
Silver and Gold Prices Remain in a Long Term Bull Market with Another 3 to 10 Years to Run Wild

Selain dari Agro Bank, Federation of Gold Smith Malaysia juga turut menaikkan harga emas retail yang dijual dikedai emas kepada harga yang baru.

Nilai baru harga emas retail (2 June 2011)

999 Gold : RM177.00/gm
916 Gold : RM167.00/gm
835 Gold : RM153.00/gm
750 Gold : RM138.00/gm
375 Gold : RM75.00/gm

Wednesday, May 25, 2011

Negara Penyimpan Emas Terbesar


Negara Penyimpan Emas Terbesar
Disiarkan Oleh Editor on9info.com dalam kategori Gold And Silver News, Info Pelaburan Emas

India merupakan negara pembeli emas terbesar pada tahun 2010. Negara apakah yang mempunyai simpanan emas terbesar dunia? Mari kita lihat statistik yang di keluarkan oleh World Gold Council mengenai Negara Penyimpan emas terbesar dunia ini.

• 1 USA

Jumlah Simpanan Emas: 8,133 tonnes

Nilai: $361.8bn

• 2 Germany

Jumlah Simpanan Emas: 3,402 tonnes

Nilai: $151.3bn

• 3 IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa)

Jumlah Simpanan Emas: 2,827.2 tonnes

Nilai: $125.7bn

IMF berfungsi memantau operasi kewangan dunia dari kalangan 187 negara ahli. Simpanan di buat untuk kestabilan pasaran antarabangsa dan bantuan ekonomi dunia.

• 4 Itali

Jumlah Simpanan Emas: 2,451.8 tonnes

Nilai: $109bn

• 5 Perancis

Jumlah Simpanan Emas: 2,435.4 tonnes

Nilai: $108.3bn

• 6 China

Jumlah Simpanan Emas: 1,054.1 tonnes

Nilai: $46.9bn

• 7 Switzerland

Jumlah Simpanan Emas: 1,040.1 tonnes

Nilai: $46.3bn

• 8 Russia

Jumlah Simpanan Emas: 784.1 tonnes

Nilai: $34.9bn

• 9 Japan

Jumlah Simpanan Emas: 765.2 tonnes

Nilai: $34bn

• 10 Netherlands

Jumlah Simpanan Emas: 612.5 tonnes

Nilai: $27.2bn

Tuesday, May 17, 2011

Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah




Kenaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas) , seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik.


Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. Kami di hargaemas cuba membawa anda untuk satu pilihan/option/medium pelaburan yang sebenarnya sudah lama tetapi semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS.


Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas.


Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan


1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.


2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.


3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.


4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.


Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.


1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun?


One year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah


Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%.


10 year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah



Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.


2) Berapakah bentuk pelaburan emas? Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular (1) biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer. (ii) Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun.Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa. Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.


3) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar rm70/Tahun. (click disini)


4) Apakah kelebihan pelaburan emas lagi? Kami senaraikan 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas didalam artikel terdahulu, sila rujuk disini (click here)


5) Bagaimana untuk mendapatkan emas pada harga lebih rendah? jika anda membaca artikel ini,kami menawarkan diskaun harga emas sebanyak 2.0% untuk gold bar dan barangan kemas, beli sekarang.


Order sekarang dan kami hantar ke pintu pejabat/rumah anda.




pixel Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah


Share and Enjoy:

Why economic growth could be good for gold prices...


Why economic growth could be good for gold prices...

JOHN KAISER has proposed a graphic model that relates the value of all above-ground gold stock to global Gross Domestic Product (GDP), thereby explaining why higher real Gold Prices — even with a recovering American economy — will be the new reality.

Kaiser, a mining analyst with over 25 years' experience, is editor of Kaiser Research Online. He specializes in high-risk speculative Canadian securities and the resource sector is the primary focus for an investment approach he developed that combines his "bottom-fishing strategy" with his "rational speculation model."

He shares his projections about where both Gold Prices and the US economy could be going in the future in this interview with The Gold Report.

The Gold Report: Intel Cofounder Andy Grove wrote an article in BusinessWeek bemoaning the fact that US entrepreneurs in both the hightech and cleantech realm have become inefficient in the return of jobs created per investment Dollar basis. He said companies hire fewer employees as more work is done by outside contractors, usually in Asia. He suggested this is a problem not only for low-grade production jobs but also robs the US of its innovation edge, hurting the country's overall economic prospects for the future.

Your economic research illustrates this manufacturing decline and shows the value of gold stock values over the last four decades mirroring the US GDP. Why is consolidating manufacturing and research important for US and global growth and how is it linked to the Gold Price?

John Kaiser: A lack of physical manufacturing stifles innovation because without access to support facilities, machine shops, test labs and other resources normally associated with a full-scale manufacturing operation, creative people don't see problems, quickly test solutions and have the ability to bring products to scale in a controlled environment. Cut off from manufacturing operations, development stalls.

Tuesday, May 10, 2011

30 kelebihan melabur dan menyimpan emas


Kami di harga emas cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas? kami pernah berjumpa pelanggan dari putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….

Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.

Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)

Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.

Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu”

jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah

a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
f) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi

“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
x) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
z) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat…

Harga emas rendah kembali, mula membeli sekarang


Harga emas pada minggu ini bermula begitu baik sekali mencecah RM5615/tael, (index emas paling tinggi setakat ini) . Harga emas antarabangsa pula mencatatkan kenaikan tertinggi pada kadar USD1556(2-3 Mei 2011). Bagaimanapun bermula pada hari rabu, harga emas mula menurun. Penurunan Ini secara jelasnya disebabkan oleh kenaikan nilai matawang USD berbanding matawang ringgit.Tetapi ramai pihak mengaitkan kejatuhan harga ketika ini kesan dari kematian musuh no-1 Amerika Syarikat, Osama Ben Laden pada 1 Mei 2011.

Jika anda melihat patern harga emas ketika tragedi Tsunami di jepun pada awal Mac tahun ini, harga emas pada awalnya mengalami penurunan dalam tempoh beberapa hari kemudiannya meningkat dengan tinggi. Begitu juga ketika pengeboman di Libya dan protes rakyat yang menumbangkan beberapa rejim di negara teluk.

Jika patern sama berulang, harga emas dilihat akan menurun sepanjang minggu ini, dan bakal naik kembali pada minggu hadapan. Ketika artikel ini ditulis, index harga emas telah mengalami kejatuhan sebanyak USD76/oz iaitu dari USD1556/oz (3 Mei 2011) kepada USD1480 (6 Mei 2011) dalam tempoh masa 3 hari.

Index CHL juga telah menjunam dari 5615 kepada 5480 sejak 3 hari yang lalu, harga emas terkini yang diupdate FGJAM adalah bertarikh 20 April 2011 pada index 5440 (cuma berbeza 40 point sahaja) berbanding harga emas hari ini. Jika index berterusan jatuh dalam pasaran emas antarabangsa, berkemungkinan harga emas retail Malaysia akan kembali rendah seperti harga retail ketika January 2011.

Harga FGJAM 20 April 2011

999 Gold : RM172.00/gm

916 Gold : RM162.00/gm

835 Gold : RM150.00/gm

750 Gold : RM136.00/gm

375 Gold : RM77.00/gm

Harga FGJAM Nov 2010 - Mac 2011

999 Gold : RM166.00/gm

916 Gold : RM157.00/gm

835 Gold : RM144.00/gm

750 Gold : RM131.00/gm

375 Gold : RM71.00/gm



Jika anda pelabur yang menunggu peluang untuk membeli emas pada harga yang lebih murah, mungkin dalam tempoh 3-5 hari akan datang adalah waktu sesuai untuk membel

Monday, May 9, 2011

pelaburan emas, Apakah yang terbaik dan bagaimana bermula


Sedikit coreten berkenaan dengan konsep pelaburan emas,

Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas saudara menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia

Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.

Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.

Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong

Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.

Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.

Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?

Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama. Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia. Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.

Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli? emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;

Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.

Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. . Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.

Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidaktahu hal berkenaan zakat dan berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?

Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.

Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.

Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.

iklan: jual beli emas di beranang, emas rantai port dickson, jual emas gombak, serdang beli emas, kedai emas online di cheras, keramat jongkong emas, benang emas petaling jaya, subang gelang emas, pelaburan emas negeri sembilan

Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.